Showing posts with label Geografi. Show all posts
Showing posts with label Geografi. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Geografi Tingkatan 3 - BAB 16 : KEPENTINGAN KERJASAMA

A. BENTUK  KERJASAMA   ANTARABANGSA

1.    Kerjasama dua hal – contoh , Majlis Perniagaan Amerika Syarikat dengan Malaysia.

2.    Kerjasama pelbagai hala – contoh kerjasama Malaysia dengan Negara Kesatuan Eropah dan 
       Amerika Syarikat.

3.     Kerjasama Serantau – contoh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Kerjasama 
        Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

4.     Kerjasama Kumpulan Negara – contoh G7 ( Kanada, Jepun, Itali, United Kingdom, dan Amerika 
        Syarikat ) , G 15 ( Algeria,Argentina, Brazil, Chile, Mesir, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, 
        Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela, dan Zimbabwe )

5.     Kerjasama Sedunia – contoh , OIC ( Pertubuhan Negara-negara Islam ), NAM ( Pertubuhan 
        Negara-negara Berkecuali), WTO ( Pertubuhan Perdagangan Dunia).

6.     Segi Tiga Pertumbuhan – contoh, IMT-GT ( Segi tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan  
        Thailand )


KEPENTINGAN  KERJASAMA   ANTARABANGSA

1. BURUH
    - mendapatkan bekalan tenaga buruh asing.
    - contoh , buruh Indonesia, Bangladesh, Filipina ke Malaysia.

2. HUBUNGAN PERDAGANGAN
   -  melalui Pejabat Kedutaan
   -  MITI ( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri )
   -  MATRADE ( Pusat Perdagangan Malaysia ).

3. PELABURAN
     - merupakan usaha menggunakan modal untuk memulakan sesuatu kegiatan ekonomi.
     - bentuk pelaburan terus
     - melibatkan pelaburan Malaysia ke luar Negara dan pelaburan luar negara ke Malaysia.
     - contoh , MITSUBISHI ( Jepun) melabur dalam Syarikat PROTON , DAIHATSU ( Jepun)  melabur
       dalam Syarikat PERODUA, KAWASAKI melabur dalan Syarikat MODENAS.

4. BAHAN MENTAH
     - Import bahan mentah
     - bahan mentah industri berasaskan sumber
     - bahan mentah industri bukan berasaskan sumber
     - bahan mentah untuk makanan
     - bahan mentah untuk minuman
     - petroleum

5.  PASARAN
      - melibatkan perdagangan dua hala
      - Negara pengimport barangan Malaysia – ASEAN, Amerika Syarikat, Negara Selatan, Kesatuan
        Eropah, dan Jepun.
      -  Malaysia membeli barangan dari  ASEAN, Jepun, Amerika Syarikat, Negara-negara Selatan dan
         Kesatuan Eropah.

6.  PEMINDAHAN TEKNOLOGI
       - pembelian terus barangan modal – jentra, mesin
       -  pembelian ekuiti (saham) – syarikat asing memiliki saham dalam syarikat Malaysia dan memberi latihan 
           kepada pekerja tempatan.
       -  peraturan paten dan tanda dagangan –syarikat tempatan memohon kebenaran syarikat asing  untuk
           mengeluar barangan di bawah jenama yang sama.
       -  perjanjian pelesenan – syarikat tempatan menjadi pengedar produk ciptaan syarikat asing.
       -  aliran sumber manusia – pekerja asing dibawa masuk bekerja di Malaysia dan memberi latihan kepada
          buruh tempatan.
         

Geografi Tingkatan 3 - BAB 15 : LANGKAH- LANGKAH MENGURANGKAN

15.1 PENGHUTANAN SEMULA
         -  penanaman semula di kawasan hutan
         -  penanaman semula di luar hutan

15.2       KITAR SEMULA
-          mengurangkan pencemaran
-          menjimatkan penggunaan sumber
-          mengelakkan pembaziran
-          menjamin kebersihan persekitaran

15.3       PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
-          peringkat sekolah melalui pelajaran Geografi, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, dan
            Sivik dan Kewarganegaraan.
-          Peringkat pengajian tinggi.
-          Peringkat masyarakat.

15.4       PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
-          menggunakan teknologi mesra alam
-          contoh pembakaran sampah di dalam insenarator.
-          Kaedah kawalan biologi dalam pertanian.

15.5       PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
-          Agensi – Jabatan Alam Sekitar
-          Melalui Akta : Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
-          Melalui Peraturan: Peraturan Alam Sekitar ( Sisa Buangan Industri 1979).

15.6       KEMPEN
-          Anjuran : Jabatan Alam Sekitar, Sekolah, IPT, NGO.
-          Saluran Kempen – media massa, poster, papan kenyataan, laman web.

15.7        PENGGUNAAN TENAGA MESRA ALAM
-          Menggunakan sumber alternative untuk mendapatkan tenaga.
-          Contoh : biojisim, suria, air dan angin.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR DI NEGARA LAIN

1. KITAR SEMULA

a.       JERMAN
-          Ordinan Pembungkusan
-          Program ‘Duales System Deunchlang GmBH’

b.     TAIWAN
-          Garis Panduan Kitar Semula
-          Akta Pelupusan Sisa
-          Program 4- Dalam – 1

c.      DENMARK
-          Program Waste 21
-          Undang-Undang Affaldsbekendrgoerelsen 1999
-          Program Cukai Sisa
-          Program Cukai Hijau
-          Program Pengembalian Deposit
-          Program Subsidi Sisa


2. RAWAT SEMULA AIR

a.      JEPUN
-          Melalui Reclaimed Water  Use  Project
-          Air sisa dirawat digunakan untuk siraman

b.     SINGAPURA
-          Program NEWater
-          Air sisa domestic dan kilang  menjalani proses  rawatan dan penapisan menggunakan kaedah
           dual-membrane ( penapisan mikro dan pembalikan osmosis)

c.      CHINA
-          Rawat air  sisa industri
            -          Kaedah tradisional – menggunakan pasir dan batu kecil sebagai penapis.

Geografi Tingkatan 3 - BAB 14 : KESAN KEGIATAN EKONOMI

  
14.1  KEPUPUSAN SUMBER
          - melibatkan flora, fauna dan mineral
          - pembalakan berleluasa menyebabkan kepupusan flora ( contoh: kayu cengal, meranti, keruing ),
            kepupusan fauna ( gajah, seladang, ayam hutan ).
          - perlombongan menyebabkan kepupusan sumber bijih timah, petroleum, kuprum dan emas.

14.2       PENCEMARAN
-          pencemaran udara, air, dan tanih.
-          Perindustrian melepaskan gas beracun, habuk, debu ke udara.
-          Pembuangan sisa toksik dari kilang mencemarkan air.
-          Pembuangan sisa kumbahan dan sisa pepejal di daratan menyebabkan pencemaran tanih.

14.3       PERUBAHAN PANDANG DARAT (LANDSKAP)
-          landskap asal berubah menjadi pandang darat budaya
-          contoh – kawasan hutan bertukar menjadi kawasan pertanian, petempatan, dan perkilangan.
-          Perlombongan petroleum di Kerteh mewujudkan  petempatan moden menggantikan 
            petempatan nelayan.

14.4  KESAN RUMAH HIJAU
           -    gas rumah hijau dibebaskan ke udara dan memerangkap haba Bumi. 
           -    punca – perindustrian, pertanian, kenderaan bermotor.

14.4       PENIPISAN LAPISAN OZON
-       akibat pembebasan CFC ke atmosfera.
-       Punca  - industri foam, alat pendingin hawa, aerosol.
-       CFC bertindak balas dengan cahaya ultraungu telah mengurai O3  menjadi O2 + O


14.5       PULAU HABA
-       merupakan fenomena peningkatan suhu dalam Bandar
-       berlaku akibat bahan-bahan yang membentuk struktur Bandar menyerap bahangan matahari 
        yang banyak.

14.6       HUJAN ASID
-       akibat pencampuran wap air dengan gas-gas pencemar
-       gas sulfur dioksida menghasilkan asid sulfuric dan gas nitrogen dioksida asid nitric.

Nota dan Latihan Geografi Tingkatan 1, 2 & 3

Jom download and cuba sama-sama