Tuesday, June 15, 2010

Geografi Tingkatan 3 - BAB 16 : KEPENTINGAN KERJASAMA

A. BENTUK  KERJASAMA   ANTARABANGSA

1.    Kerjasama dua hal – contoh , Majlis Perniagaan Amerika Syarikat dengan Malaysia.

2.    Kerjasama pelbagai hala – contoh kerjasama Malaysia dengan Negara Kesatuan Eropah dan 
       Amerika Syarikat.

3.     Kerjasama Serantau – contoh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Kerjasama 
        Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

4.     Kerjasama Kumpulan Negara – contoh G7 ( Kanada, Jepun, Itali, United Kingdom, dan Amerika 
        Syarikat ) , G 15 ( Algeria,Argentina, Brazil, Chile, Mesir, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, 
        Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela, dan Zimbabwe )

5.     Kerjasama Sedunia – contoh , OIC ( Pertubuhan Negara-negara Islam ), NAM ( Pertubuhan 
        Negara-negara Berkecuali), WTO ( Pertubuhan Perdagangan Dunia).

6.     Segi Tiga Pertumbuhan – contoh, IMT-GT ( Segi tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan  
        Thailand )


KEPENTINGAN  KERJASAMA   ANTARABANGSA

1. BURUH
    - mendapatkan bekalan tenaga buruh asing.
    - contoh , buruh Indonesia, Bangladesh, Filipina ke Malaysia.

2. HUBUNGAN PERDAGANGAN
   -  melalui Pejabat Kedutaan
   -  MITI ( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri )
   -  MATRADE ( Pusat Perdagangan Malaysia ).

3. PELABURAN
     - merupakan usaha menggunakan modal untuk memulakan sesuatu kegiatan ekonomi.
     - bentuk pelaburan terus
     - melibatkan pelaburan Malaysia ke luar Negara dan pelaburan luar negara ke Malaysia.
     - contoh , MITSUBISHI ( Jepun) melabur dalam Syarikat PROTON , DAIHATSU ( Jepun)  melabur
       dalam Syarikat PERODUA, KAWASAKI melabur dalan Syarikat MODENAS.

4. BAHAN MENTAH
     - Import bahan mentah
     - bahan mentah industri berasaskan sumber
     - bahan mentah industri bukan berasaskan sumber
     - bahan mentah untuk makanan
     - bahan mentah untuk minuman
     - petroleum

5.  PASARAN
      - melibatkan perdagangan dua hala
      - Negara pengimport barangan Malaysia – ASEAN, Amerika Syarikat, Negara Selatan, Kesatuan
        Eropah, dan Jepun.
      -  Malaysia membeli barangan dari  ASEAN, Jepun, Amerika Syarikat, Negara-negara Selatan dan
         Kesatuan Eropah.

6.  PEMINDAHAN TEKNOLOGI
       - pembelian terus barangan modal – jentra, mesin
       -  pembelian ekuiti (saham) – syarikat asing memiliki saham dalam syarikat Malaysia dan memberi latihan 
           kepada pekerja tempatan.
       -  peraturan paten dan tanda dagangan –syarikat tempatan memohon kebenaran syarikat asing  untuk
           mengeluar barangan di bawah jenama yang sama.
       -  perjanjian pelesenan – syarikat tempatan menjadi pengedar produk ciptaan syarikat asing.
       -  aliran sumber manusia – pekerja asing dibawa masuk bekerja di Malaysia dan memberi latihan kepada
          buruh tempatan.
         

No comments:

Post a Comment