Tuesday, June 9, 2009

Program PERMATApintar UKM

KETERANGAN RINGKAS:

Di bahagikan kepada dua program iaitu:
- Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)
- Program Pintar Cerdas Berbakat di Universiti
- Kedua-dua program telah ditanda aras dengan program University John Hopkins dan University Mahidol
- Melibatkan pelajar berumur 9 – 15 tahun.

UJIAN-UJIAN

Ujian PERMATApintar UKM 1 adalah ujian IQ yang dibina setara dengan Ujian Raven Progressive Matrices. Ujian ini berbentuk ujian atas talian yang boleh dicapai melalui lawan web PERMATApintar di alamat: http://www.permatapintar.com.my/ dan dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian PERMATApintar UKM 1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 9 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti: menggunakan tetikus dan papan kekunci. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini

Muka depan paparan biodata tersebut adalah seperti berikut:frontpage

Pelajar tidak diberikan had masa untuk menjawab semua soalan dalam ujian saringan ini. Bagaimana pun, jumlah jam atau minit sebenarnya yang digunakan untuk menjawab semua soalan dalam ujian ini akan diambil kira untuk membolehkan pelajar meneruskan ke ujian saringan ke dua.

BAHAGIAN 1: UJIAN PERMATApintar UKM 1

Ujian ini mempunyai dua bahagian. Bahagian 1 mengandungi soalan bergambar dan Bahagian 2 mengandungi soalan-soalan yang melibatkan perbendaharaan kata. Untuk Bahagian 1 pelajar dikehendaki menjawab sebanyak 60 soalan yang terbahagi kepada lima(5) set: Set A hingga E. Terdapat 12 soalan yang perlu dijawab pada setiap set. Untuk menjawab setiap soalan pelajar perlu memilih rajah/gambar yang sesuai dengan menekan pilihan yang diberikan sebagai jawapan. Soalan seterusnya akan dipaparkan selepas pelajar menjawab sesuatu soalan.

Soalan pertama bagi setiap set digunakan sebagai soalan percubaan dan panduan untuk menjawab soalan seterusnya bagi set tersebut. Contoh soalan percubaan Set A adalah seperti berikut:

sample_question

BAHAGIAN 2: UJIAN PERMATApintar UKM 1

Pelajar perlu menamatkan semua set dalam Bahagian 1 (Set A hingga Set E) sebelum cuba menjawab soalan-soalan dari Bahagian 2. Bahagian 2 mengandungi Ujian Soalan Terbuka dan Ujian Pelbagai Pilihan yang menguji perbendaharaan kata. Bahagian ini ada dua set: Set A dan Set B. Set A mengandungi 44 perkataan, Pelajar akan diminta untuk menerangkan maksud bagi setiap perkataan tersebut dengan menaipkan jawapan mereka dalam ruang kosong yang disediakan. Pelajar diminta meletakkan tanda “?” jika tidak tahu jawapan kepada soalan terbuka yang diberikan. Pelajar perlu menjawab semua soalan dalam Set A (Bahagian 2) sebelum boleh menjawab soalan di Set B Bahagian ini.

Set B juga mengandungi 44 perkataan pelbagai pilihan. Pelajar perlu menjawab semua soalan dengan memilih perkataan yang mempunyai maksud paling hampir dengan perkataan berwarna merah yang dipaparkan.

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN PERMATApintar UKM 1

Ujian ini telah diuji ke atas beberapa kumpulan pelajar yang sedang menuntut di sekolah rendah dan menengah di sekitar Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

goMula UJIAN PERMATApintar UKM 1 - Bahasa Malaysia

goMula UJIAN PERMATApintar UKM 1 - English

No comments:

Post a Comment