Wednesday, June 10, 2009

Menjejak pengirim e-mail

Ada kalanya kita pernah menerima email yang berupa spam, penipuan, undian dengan janji hadiah lumayan, berita palsu dan sebagainya. masalahnya kita tidak tahu siapa penghantar tu dan di mana lokasi penghantar email tersebut. Lepas ni jangan susah hati lagi anda boleh menjejak penghantar email tersebut dengan mudah dan dapat tahu IP Address pengirimnya beserta lokasi melalui imej satelit siap dengan koordinatnya sekali. Pendek kata semuanya lengkaplah... Tak boleh nak nyorok lagi lah.
Caranya sila ikut langkah-langkah di bawah:

1. Anda buka laman web ini http://www.ip-adress.com/trace_email/

2. Kalau dah buka anda perlu masukkan "header email" (maklumat yang ada pada setiap email spt IP Adress pengirim dan penerima email).

3. Bagaimana cara melihat "header email":
- Yahoo Mail Baru: Klik kanan pilih "View Full Headers".

- Yahoo Mail Classic: Buka email scroll ke bawah dan lihat di bahagiah bawah sebelah kanan ada menu "Full Headers"(klik jer la).

-Hotmail: klik kanan pilih "View Source"

-Gmail: Buka email, di bahagian atas ada pilihan "Reply", klik pada tanda anak panah ke bawah pada pilihan "Reply" dan pilih "Show Original".

-Outlook Express: Buka email Klik menu "File" pilih "Properties" kemudian "Details" seterusnya "Message Source".

-Microsoft Outlook: Double klik email utk melihat dlm full window kemudian buka menu "Option" dan pilih "View".


4. Anda hanya perlu copy/paste semua maklumat email header tadi ke http://www.ip-adress.com/trace_email/ .Kemudian klik "Trace Email Sender".

5. Untuk melihat dengan lebih detail lagi anda boleh klik "whois".

No comments:

Post a Comment